Friday, October 2, 2009

Paman Bas & Bik Piah Akan Terima Anugerah Ibu Bapa Cemerlang Sempena Jamuan Aidil Fitri

Bapa saudara kita Paman Bas akan menerima anugerah di atas pada 10 Oktober 2009 di Dewan Orang Ramai jam 9.00 mlm. Paman Bas dianugerahkan oleh JKKK Kg Jenjarom atas kejayaan mendidik anak-anaknya sehingga kesemuanya masuk universiti. Keluarga Haji Shamsudin dijemput hadir.

Seorang lagi penerima ialah Wak Ya O dan suaminya Misnan. Keluarga miskin ini juga berjaya menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti. Malah dua orang daripada mereka sudah memperoleh PhD. Saya masih ingat lagi selalunya Wak Misnan akan menghantar anak-anaknya yang balik atau ke universiti dengan basikal dari rumahnya yang jauh kat wetan sampailah ke perhentian bas di Pekan jenjarom lalu rumah kita. Baru sekarang Wak Misnan naik motosikal. Cerita Wak Ya O ini menjadi cerita manis kat kampung kerana walaupun miskin anak-anaknya berjaya dalam akademik.

2 comments:

  1. masukkan la citer diorang kat blog jkkk..
    bagus gak tuh..

    ReplyDelete
  2. X leh masuk lg coz anugerah ni org x tau lg nanti x suspen. tp ari sabtu 10 Okt tu kta masukkan data dua family ni.

    ReplyDelete