Tuesday, October 27, 2009

Mbah Hajah Rohmah Uzur














Petang tadi dalam jam 6.15 sampai ke rumah Nina kat Rantau Panjang. Pergi dgn atok, Wak Arom, Wak Nor. Anak-anak pun ikut sama. Singgah tempat kerja mama Anis kat Bandar Sultan Sulaiman sebab nak join sekali ziarah Nina & Razmi yang akan ke Tanah Suci Khamis ni. Balik lepas solat kat Stesyen Petronas & makan malam kat Sijangkang terus ke ruman Paman Jamal ziarah buyut yang uzur. Kesian tengok buyut dah dua hari tak lalu makan & asyik terbaring kat katil. Marilah sama-sama kita doakan moga buyut yang kita sayangi kembali sihat seperti sedia kala. Amin.

Sunday, October 25, 2009

Majlis Hari Lahir Elly Yang Ke-9












































































Hari Jumaat (23.10.09) jam 9.00 malam Elly menyambut Hari Lahirnya yang ke-9. Ramai tetamu yang datang. Famili Wak Jemai, Lela & Wak Ujai pun datang.

Monday, October 19, 2009

Langkawi, Kangar, Pekan Rabu & Penang















Di depan kondo tempat kami tinggal



















Bersama rakan-rakan di dalam kondo sebelum balik!




























Ikan pekasam yang popular di Pekan Rabu, Alor Setar































































Cari 'part time' duit dah habis. Goreng buah berangan. He he he








































Makam malam pengamal diet



















Makan ikan bakar dibelanja Ustaz Kadis













Roti Arab













Helang menyambar makanan di Kilim Geopark































































Bermain dengan ikan pari dengan memberi makan




















































Jeti Kilim Geopark




















Di dalam Gua Kelawar, Kilim Geopark



























Sarapan pagi kat Kangar













































'Cable car' kat Langkawi memang menakjubkan!

Saturday, October 17, 2009

Catatan Perjalanan Teluk Batik & Langkawi

Habis kursus di Marina Cove, Teluk Batik jam 12.00 tgh hari. Lepas makan tgh hari terus balik dalam jam 12.45. 4 orang kawan tumpang kete. Sorang turun kat Sabak Bernam, dua orang kat Klang Central & sorang lagi kat teluk. Solat Jumaat kat Masjid Sitiawan. Masjid ni berhawa dingin. Selesa jemaahnya. Lepas solat terus nak ambil selipar. Ai sudah tak de pulak selipar croc yang diletak tadi. Tunggu jap kat situ. Sorang jemaah menegur. Pastu dia cakap kat sini memang selalu berlaku kecurian kasut atau selipar. Adus kena jalan kaki ke kereta berkaki ayam le gamaknya untuk ke kereta. Park kat seberang jalan plak tu. Kekawan ketawa tengok adegan seorang berjalan kaki berkaki ayam. Control hensem masa jalan tu.

Sampai rumah dalam jam 5.35 ptg terus bawa Alesha ke klinik Lim. Jari tangannya bengkak dik penangan bisul. Sampai klik kakak dah mula menangis & mengelak bila doktor nak guna jarum untuk. Menjerit & mengerang kakak bila doktor keluarkan nanah & darah yang dah membengkak. Nampak memang betul2 sakit kakak ni.

Lepas solat Asar, berkemas sebab dah janji dengan Che Din lepas solat Maghrib dia ambil untuk ke LCCT. Kebetulan Che Din keje malam. Sampai kat LCCT dalam jam 8.05 mlm. Jam 8.25 Redza, anak Bang Li (Wak Sikar) sampai. 8.45 terus check in & ke balai berlepas. Berlepas patut jam 9.15 tapi jam 10.15 baru bertolak. Sampai ke Langkawi jam 10.10. Kekawan (6 orang) dah tunggu kat airport. Terus ke Kondo Istana tempat tinggal kami. Lepas letakkan beg, turun balik nak ngeteh memang lapar pun sebab belum makan malam lagi. Pagi ni dalam jam 9.00 pg kami akan ke Kilim Geopark & terus ke cable car.

Nota: Menggunakan bahasa basahan bukan Melayu standard. Harap maklum.


Thursday, October 15, 2009

Jalan-jalan Cari Jajan Kat Lumut


Kalau le bebudak ada mesti dia orang ciblon





La ni kita kat Marina Cove Resort, Teluk Batik dari 14-16 Nov 2009. Teringat kat bebudak mesti ciblon kalau kat sini!

Sunday, October 11, 2009

Jamuan Hari Raya Kg Jenjarom 2009















He he he Adib wakil abgnya amik sijil














Paman Bas menerima sijil Keluarga Cemerlang dan hamper















Ahli Keluarga Paman Bas menikmati hidangan di meja VIP














7 daripada 9 anak Paman Bas datang ke majlis ini














Paman Bas & Bik Piah duduk dengan Ketua Balai Polis Jenjarom

























Wak Ya O & suami Wak Misnan serta anaknya






























Keluarga Wak Ya O menikmati hidangan

Malam tadi semua makanan habis licin. Alhamdulillah tahun ini ramai org kampung datang. Walaupun penat seronok rasanya ramai orang datang. Wak Arom dtg lepas beraya kat rmh Hj Leman masa tu pun makanan rasanya dah licin.