Saturday, October 3, 2009

Anak Wak Nuar dan Hj Deni Selamat Dalam Kejadian Gempa Bumi di Padang Rabu Lalu

Lina Liana Hj Adni
Noorzeeha Enuar
Nik Muhaimin, dari Perlis yang bermalam di rumah Hj Adni sebelum bertolak ke Perlis
Dua orang pelajar warga kampung kita iaitu Lina Liana Bt Hj Ahmad Adni, pelajar Tahun 4 Fakulti Kedoktoran, Universiti Andalas dan Noorazeeha Bt Enuar, pelajar Tahun 3 fakulti dan universiti yang sama telah selamat sampai ke kampung kita kira-kira jam 8.00 pagi 2 Oktober 2009. Mereka tiba di Lapangan Terbang Subang bersama kira-kira 323 pelajar Malaysia dengan menaiki 3 buah helikopter Tentera Udara Malaysia. Azeeha yang saya temui petang semalam melahirkan rasa syukur kerana selamat dalam malapetaka gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala ritchter yang turut saya rasai gegarannya pada kira-kira jam 6.18 ptg Rabu lalu. Kita turut bersyukur kerana kedua-dua anak jati kampung kita terselamat. Menurut Azeeha, universiti serta penginapannya rosak teruk dan pelajar-pelajar Malaysia sewaktu kejadian sempat melarikan diri tanpa dapat membawa barangan berharga serta bahan pembelajaran mereka kira-kira 5 km ke tempat selamat dan akhirnya dibawa menaiki helikopter pada awal pagi Sabtu, 2 Oktober 2009. Berita selanjutnya termasuk rakaman video tentang Liana dan Azeeha akan menyusul kemudian.

Nota: Mutu rakaman Noorzeeha agak rendah kerana terdapat masalah semasa kerja-kerja 'editing' di komputer. Harap maklum.

1 comment:

  1. alhamdulillah.. sumer studen kita selamat di padang. tahniah kepada studen yg sempat memberi bantuan kemanusiaan di hospital yg runtuh. tentu sekali pengalaman yg ditimba di situ amat berguna. semoga studen kita semua dapat menamatkan pengajian seterusnya.

    ReplyDelete