Thursday, July 15, 2010

Pelancaran Maxis Cyberkids@SMKTPG












Maxis Cyberkids theme song 'Anak Kita Harapan Kita', 'Chicken dance', 'Atas Bukit' and Waka-waka: Let's All Dance for 1Goal' by Maxis Cyberkids SMKTPG


waka-waka


Dikir Barat SMKTPG

Monday, May 3, 2010

Catatan Perjalanan 1 2010: Sabah - Menarik Untuk Dikunjungi





Pulau Mamutik

Pulau Manukan

Ikan boleh dilihat di permukaan air di jeti Pulau Manukan


Ikan yg berjaya saya tangkap dengan umpan roti di tangan



Sabah yang dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu' memang menarik untuk dikunjungi. Bagi penggemar aktiviti snokeling Pulau sipadan, Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulai Sapi antara destinasi yang sesuai bagi mereka. Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi di Taman Negara Tunku Abdul Rahman hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari jeti di Kota Kinabalu. Dengan kos RM30 perjalanan ke pulau tersebut ditambah RM10 lagi untuk sewa peralatan snokeling memang amat berbaloi kepada penggemar aktiviti laut ini. Kita boleh sahaja berada sehari suntuk di kepulauan ini. Tidak seperti kunjungan saya yang lepas kini pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 setibanya di Pulau Mamutik. Terdetik juga di hati saya wajarkah bayaran ini dikenakan kepada pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini?

Dalam kunjungan saya bersama 8 rakan yang lain, didapati pulau-pulau ini memang menjadi daya tarikan utama di Sabah selain Gunung Kinabalu dan Kundasang. Rakan-rakan yang baru dengan aktiviti snokeling pula mereka perlu membiasakan diri dengan cara menggunakan peralatan snokeling dan cara mengapung diri di laut. Setelah biasa dengannya mereka begitu teruja dengan snokeling hingga kami terpaksa menunggu seorang rakan naik ke pantai kerana asyik bersnokeling hingga tak sedar rakan lain dah bersiap untuk ke jeti balik ke tanah besar Kota kinabalu. Begitulah penangan snokeling.

Antara pengalaman menarik bersnokeling di sini ialah memberi makan ikan. Dengan berbekalkan roti yang boleh dibeli di pulau ini kita boleh menyaksikan pelbagai jenis ikan menghampiri tangan tangan kiri yang memegang roti sambil tangan kanan mengusap ikan-ikan tersebut. Malah saya berjaya menangkap seekor ikan yang leka makan umpan yang saya beri. Selain itu, hidupan laut lain seperti karangan (coral) dan plankton cantik sekali. Namun begitu, dalam kunjungan kali ini saya terpaksa pergi agak jauh dari pantai untuk melihat ikan nemo kerana ikan nemo hanya hidup di sekitar karangan dan plankton yang kini hanya hidup agak jauh dari pantai. Tidak seperti kunjungan saya 5 tahun yang lepas ikan nemo boleh dilihat tidak jauh dari pantai. Sayang sekali kamera saya tidak dilengkapi alat untuk aktiviti dalam air. Sekiranya ada, tentu pengalaman dalam air boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan.

Sepulangnya dari pulau-pulau ini, rakan-rakan saya berjanji akan membawa pula keluarga mereka ke sini dek seronoknya mereka dengan keindahan pantai dan aktiviti snokeling yang diikuti. Cuma, mampukah mereka menunaikan janji ini? Hanya masa yang menentukannya. He he he!

Friday, March 19, 2010

SOALAN BOCOR

Mari uji kefahaman anda.

TIADA MAKSUD YANG TERSIRAT, SEKADAR SENAMAN OTAK

SOALAN BOCOR

Bahasa Jawa Kertas 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun Anak Anak Jawa

Peringkat Year 1, 2010.

1.Soalan Bonos : "kabare wak" selalu dijawab dengan "......"

Yang manakah di antara bawah ini merupakan jawapan yang

salah?

a. Yo koyo ki lah wak..podo wae..

b. Waras wak

c. Im fine, thank you

d. Yo Waras

2. Panggilan 'Kakak" dalam bahasa jawa ialah

a. Sister

b. Jie Jie

c. Embah

d. Yu

3. Perkataan "Gemuk' Dalam bahasa Jawa ialah

a.Lemu

b.Tawon Endas mu

c. Korok mu

d. Fat

4. Translate ayat ini kepada bahasa Jawa : "Aku malu

ade boyfriend mcm die. Dah la hitam. Gemuk pulak tuh"

a. aku isin to enek boypren koyo de'e. wes la geseng, lemu

meneh..huh

b. mere zendegi he, mere mehbub hey piyar kiya hei nehi

hei kuch kuch hota hei

c. wo cing cong cing cong cing cong cing cong coing cing

kanina lu cibai

d. Ana wahla ente zunubana ala rabbi el wahida wassini

ya akhil hay

5. Panggilan untuk "Pakcik" dalam bahasa jawa ialah

a. Uncle

b. Wak

c. Babuji

d. Paman

6. "Bibik" bermaksud

a. Orang gaji

b. Makcik yang lebih mude dari mak / bapak kite

c. Makcik yang lebih tue dari mak/ bapak kite

d. Name timangan

7. Jika kite melawat orang mati..tindakan kite tuh

di panggil ape

a. Melawat

b. Gayat

c. Layat

d. Menziarah

8. Budaya melawat bayi yang baru lahir ialah

a. Muyi

b. Bara'an

c. Aung San Suu Kyi

d. Baby shower party

9. Setelah melakukan kesilapan, kite haruslah

a. mintak maaf

b. jiluk ngapuro

c. menyesal

d. apologise

10. Angger kue orak adus 1 hari, badan mu yo ......

a. mambu koyo celeng mampos

b. mangan opo urung

c. smell like teen spirit

d. koyo wong cino, berak orak cewok

11. Wong Islam orak iso and haram mangan opo?

a. Kenny Rogers

b. MCDonald

c. KFC

d. Cheleng

UNIT PEPERIKSAAN BAHASA JAWA

KEMENTERIAN PELAJARAN NEGERI KAT SEBELAH SANA.


Sunday, February 21, 2010

25 Pesanan Luqman El-Hakim kepada anak-anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.


09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.


11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.


13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.


18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.


19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.


20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.


23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.


24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Ntah apa le projek dia orang ngan Rosyam Nor

Friday, February 19, 2010

Jalan-jalan di Dong Zheng




Mengapai buah labu segar








Datang je Tahun Baru Cina, Dong Zheng kat Jenjarom jadi tumpuan orang Cina seluruh negara. Hampir tiap-tiap hari hingga Chap Goh Mei jalan sesak kat Jenjarom bermula dari kira-kira jam 5 ptg sampai le jam 12.00 mlm. Jadi kita orang pun pergi le jalan kat situ napa ramai sangat orang. Kesimpulan yang kita orang dapat tempat tu memang cantik dengan pelbagai jenis bunga2an segar dan hiasan lampu yang menarik. Apabila berada di sana kita seolah-olah berada dalam kawasan pesta cahaya sebab kat mana-mana cahaya menghiasi kawasan Dong Zheng. Kalau balik kampung boleh le jenguk2 ke Dong Zheng.

Wednesday, February 17, 2010

Main Bowling kat Banting Bowl Ngan Anak-anak





Tarikh: 16 Februari 2010
Tempat: Banting Bowl
Masa: 8.30 - 9.45 mlm
Tempat Pertama: Mama
Tempat Kedua: Arif
Tempat Ketiga: Adib