Saturday, October 17, 2009

Catatan Perjalanan Teluk Batik & Langkawi

Habis kursus di Marina Cove, Teluk Batik jam 12.00 tgh hari. Lepas makan tgh hari terus balik dalam jam 12.45. 4 orang kawan tumpang kete. Sorang turun kat Sabak Bernam, dua orang kat Klang Central & sorang lagi kat teluk. Solat Jumaat kat Masjid Sitiawan. Masjid ni berhawa dingin. Selesa jemaahnya. Lepas solat terus nak ambil selipar. Ai sudah tak de pulak selipar croc yang diletak tadi. Tunggu jap kat situ. Sorang jemaah menegur. Pastu dia cakap kat sini memang selalu berlaku kecurian kasut atau selipar. Adus kena jalan kaki ke kereta berkaki ayam le gamaknya untuk ke kereta. Park kat seberang jalan plak tu. Kekawan ketawa tengok adegan seorang berjalan kaki berkaki ayam. Control hensem masa jalan tu.

Sampai rumah dalam jam 5.35 ptg terus bawa Alesha ke klinik Lim. Jari tangannya bengkak dik penangan bisul. Sampai klik kakak dah mula menangis & mengelak bila doktor nak guna jarum untuk. Menjerit & mengerang kakak bila doktor keluarkan nanah & darah yang dah membengkak. Nampak memang betul2 sakit kakak ni.

Lepas solat Asar, berkemas sebab dah janji dengan Che Din lepas solat Maghrib dia ambil untuk ke LCCT. Kebetulan Che Din keje malam. Sampai kat LCCT dalam jam 8.05 mlm. Jam 8.25 Redza, anak Bang Li (Wak Sikar) sampai. 8.45 terus check in & ke balai berlepas. Berlepas patut jam 9.15 tapi jam 10.15 baru bertolak. Sampai ke Langkawi jam 10.10. Kekawan (6 orang) dah tunggu kat airport. Terus ke Kondo Istana tempat tinggal kami. Lepas letakkan beg, turun balik nak ngeteh memang lapar pun sebab belum makan malam lagi. Pagi ni dalam jam 9.00 pg kami akan ke Kilim Geopark & terus ke cable car.

Nota: Menggunakan bahasa basahan bukan Melayu standard. Harap maklum.


No comments:

Post a Comment