Thursday, December 24, 2009

Tahniah Kepada Nur Syafiah Kerana Mendapat 8A dalam PMR 2009

Keluarga Haji Shamsudin mengucapkan tahniah kepada Syafiah kerana berjaya memperoleh 8A dalapm PMR 2009. Semoga kejayaan ini membakar semangat cucu-cucu Hj Shamsudin untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik. Sesungguhnya kejayaan diperoleh dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tekad serta azam yang jitu. Untuk cucu-cucu Hj Shamsudin fokus sangat penting dalam melakukan apa sahaja perkara. Sebagai pelajar fokus utama ialah pelajaran. Sekiranya kita sebagai pelajar fokus kita belajar tentunya kita akan memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Seandainya kita sudah mempunyai 'perkara lain' dalam minda tentu fokus terhadap pelajaran tidak lagi 100%. Mungkin tinggal beberapa peratus sahaja kerana kotak fikir atau minda kita sudah beralih fokus. Oleh itu, pastikan 'hal-hal lain' tidak menjejaskan fokus kita terhadap pelajaran. Malah disarankan sekiranya 'hal-hal lain' menjejaskan fokus terhadap pelajaran tinggalkanlah 'hal-hal lain' itu kerana buat masa ini yang paling penting ialah pelajaran demi untuk masa depan sendiri.

Dalam konteks usia cucu-cucu Haji Shamsudin keutamaan pada masa ini ialah pelajaran. Oleh itu, kita perlu memilih keutamaan dalam hidup kita. Apakah keutamaan kita pada masa kini? Adakah punya teman lelaki atau teman wanita misalnya, keutamaan kita dan dapat membantu kita cemerlang dalam pelajaran. Kalau begitu teruskanlah. Tapi ingat, kajian menunjukkan sebaliknya kerana selalunya pelajar akan hilang fokus terhadap pelajaran apabila terjebak dengan hal-hal begini. Usah hampakan harapan ibu bapa. Hadiah paling utama untuk ibu bapa ialah kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Pesanan ikhlas untuk cucu-cucu keluarga Hj Shamsudin daripada Paman/Wak Ujai.

No comments:

Post a Comment