Monday, December 21, 2009

Kunjungan ke rumah Mala



Paparan video semasa kebakaran di rumah Mala



21 Disember 2009 - Malam tadi, W. Arom, W, Jemai & family, W. Ujai & family dan Bik Ani & family berkunjung ke rumah sewa Mala yang disediakan oleh Hj Azlim Sarbani (majikan Hamdani). Kami bersembang dan menyampaikan sumbangan keluarga Hj Shamsudin. Alhamdulillah kita dapat sedikit sebanyak memberi sumbangan wang ringgit dan pakaian kepada keluarga Mala yang ditimpa musibah sehingga tinggal sehelai sepinggang.

Sebenarnya kira-kira jam 6.45 ptg kami telah ke bekas rumah Mala yang terbakar dan menziarahnya yang tinggal di rumah Anim tetapi menurut Lan baru petang tadi Mala pindah ke rumah sewa yang dicarikan oleh Hj Azlim. Sebab itu kami berkunjung ke rumah sewanya disebelah malam. Dalam keadaan musim baru persekolahan yang bakal tiba musibah ini tentunya membawa keperitan yang bukan sedikit nilainya. Namun dengan bantuan majikan beliau, masyarakat kampung dan sedikit daripada keluarga Hj Shamsudin dapt sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka sekeluarga. Bibik Ton yang kebetulan tidur di rumah W. Arom turut menghulur sumbangan. Alhamdulillah semua sumbangan telah dapat disampaikan.

Maklumat terkini daripada Hamdani, pihak ZAKAT Selangor telah pun datang dan melakukan tinjauan. Insyaallah pihak ZAKAT akan membina rumah baru untuk keluarga Mala dalam waktu yang terdekat. Keluarga Hj Shamsudin mendoakan semoga Mala sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

No comments:

Post a Comment