Monday, May 3, 2010

Catatan Perjalanan 1 2010: Sabah - Menarik Untuk Dikunjungi





Pulau Mamutik

Pulau Manukan

Ikan boleh dilihat di permukaan air di jeti Pulau Manukan


Ikan yg berjaya saya tangkap dengan umpan roti di tangan



Sabah yang dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu' memang menarik untuk dikunjungi. Bagi penggemar aktiviti snokeling Pulau sipadan, Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulai Sapi antara destinasi yang sesuai bagi mereka. Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi di Taman Negara Tunku Abdul Rahman hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari jeti di Kota Kinabalu. Dengan kos RM30 perjalanan ke pulau tersebut ditambah RM10 lagi untuk sewa peralatan snokeling memang amat berbaloi kepada penggemar aktiviti laut ini. Kita boleh sahaja berada sehari suntuk di kepulauan ini. Tidak seperti kunjungan saya yang lepas kini pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 setibanya di Pulau Mamutik. Terdetik juga di hati saya wajarkah bayaran ini dikenakan kepada pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini?

Dalam kunjungan saya bersama 8 rakan yang lain, didapati pulau-pulau ini memang menjadi daya tarikan utama di Sabah selain Gunung Kinabalu dan Kundasang. Rakan-rakan yang baru dengan aktiviti snokeling pula mereka perlu membiasakan diri dengan cara menggunakan peralatan snokeling dan cara mengapung diri di laut. Setelah biasa dengannya mereka begitu teruja dengan snokeling hingga kami terpaksa menunggu seorang rakan naik ke pantai kerana asyik bersnokeling hingga tak sedar rakan lain dah bersiap untuk ke jeti balik ke tanah besar Kota kinabalu. Begitulah penangan snokeling.

Antara pengalaman menarik bersnokeling di sini ialah memberi makan ikan. Dengan berbekalkan roti yang boleh dibeli di pulau ini kita boleh menyaksikan pelbagai jenis ikan menghampiri tangan tangan kiri yang memegang roti sambil tangan kanan mengusap ikan-ikan tersebut. Malah saya berjaya menangkap seekor ikan yang leka makan umpan yang saya beri. Selain itu, hidupan laut lain seperti karangan (coral) dan plankton cantik sekali. Namun begitu, dalam kunjungan kali ini saya terpaksa pergi agak jauh dari pantai untuk melihat ikan nemo kerana ikan nemo hanya hidup di sekitar karangan dan plankton yang kini hanya hidup agak jauh dari pantai. Tidak seperti kunjungan saya 5 tahun yang lepas ikan nemo boleh dilihat tidak jauh dari pantai. Sayang sekali kamera saya tidak dilengkapi alat untuk aktiviti dalam air. Sekiranya ada, tentu pengalaman dalam air boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan.

Sepulangnya dari pulau-pulau ini, rakan-rakan saya berjanji akan membawa pula keluarga mereka ke sini dek seronoknya mereka dengan keindahan pantai dan aktiviti snokeling yang diikuti. Cuma, mampukah mereka menunaikan janji ini? Hanya masa yang menentukannya. He he he!